Prince Syed ‘Live’ Jilat Lantai, Rupa-Rupanya Ini Yang Terjadi – “Bila Saya Tersedar…”

Kehidupan

Prince Syed ‘Live’ Jilat Lantai, Rupa-Rupanya Ini Yang Terjadi – “Bila Saya Tersedar…”

Personaliti media sosial, Prince Syed, akhirnya tampil menjelaskan detik mencemaskan yang memaksanya membuat siaran langsung di media sosial baru-baru ini  sebuah tindakan spontan yang mencetuskan perhatian dan kebimbangan ramai.

Menurut Syed, kejadian itu berlaku ketika dia dan tiga ahli keluarganya mengalami satu insiden yang disifatkan sebagai “sesuatu yang tidak baik”, berlarutan agak lama sehingga mereka tidak mampu menghubungi sesiapa pun untuk meminta bantuan.

Advertisement

Prince Syed

Saya call family berkali-kali, tapi seorang pun tak angkat. Masa tu kami berempat memang dalam keadaan tak okay. Bila saya tersedar, saya dah terbaring di lantai. Kepala, badan  semua sakit dan bengkak.

Syed memberitahu bahawa ketika cuba bangun, dia merangkak mencari telefon yang terpelanting dan cuba menghubungi keluarga semula, namun tiada yang menjawab. Dalam keadaan panik, dia membuat keputusan nekad untuk membuka live.

Saya tak fikir apa dah. Saya buka live sebab berharap jiran atau sesiapa yang tahu rumah saya boleh datang tolong. Atau sekurang-kurangnya keluarga dapat notification.

Siaran langsung itu berlangsung kira-kira sembilan minit sebelum terhenti, namun cukup untuk menyelamatkan keadaannya. Ahli keluarga dan jiran-jiran yang menerima notifikasi segera bergegas ke rumah.

@prince.syed.shahid

?

? suara asli – ?Yaara?Mania – ?Yaara?Mania

Alhamdulillah, abang, kakak, ibu, jiran-jiran semua dapat notification dan terus datang. Mereka bawa saya keluar dari rumah sebab ada sesuatu yang tak elok dalam rumah tu.

Syed mengakui dia hanya kembali sedar sepenuhnya ketika berada di dalam kereta bersama abang sulungnya. Keluarga turut merakam keadaan sebenar sewaktu menyelamatkannya, namun Syed mengakui dia sendiri takut menonton rakaman itu.

Saya ada videonya, tapi saya tak berani nak sebarkan. Masa tu memang menakutkan. Live itu bukan untuk jadi sensasi  saya cuma perlukan bantuan kecemasan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-01 14:14:21

"'Aksi' Berlaku Di Setiap Penjuru, Di Tandas, Koridor" - Reviu Pelanggan Hotel 'Songsang' Ini Buat Netizen Mual

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...