Prince Syed Dedah Sumbang Lebih RM800K Untuk ‘Followers’ & Rumah Anak Yatim – “Saya Selalu Tayang Harta Tapi Saya Bersedekah”

Kehidupan

Prince Syed Dedah Sumbang Lebih RM800K Untuk ‘Followers’ & Rumah Anak Yatim – “Saya Selalu Tayang Harta Tapi Saya Bersedekah”

Personaliti media sosial serta usahawan, Prince Syed, baru-baru ini, mendedahkan dirinya telah menyumbang lebih RM800,000 untuk pengikutnya yang bertuah serta rumah anak yatim menerisu live TikTok sepanjang bulan ini.

Sentiasa bersedekah, yakin Allah akan balas setimpal

Kata Prince Syed wang yang disumbangkan bukan saja diberikan secara rawak, malah ia juga digunakan untuk melunaskan hutang pembelian tanah, serta menaikkan taraf infrastruktur rumah anak-anak yatim yang merupakan misi utamanya.

Advertisement

Kalau kita bagi, Allah akan balas. Bukan manusia, Dan Dia balas berkali-kali ganda. – temubual bersama Astro Gempak

Melalui satu sesi live TikTok, usahawan itu mendedahkan telah memberi sebanyak RM75,000 buat pemenang secara langsung.

@prince.syed.shahid Alhamdulillah ini lah rahsia yang ramai sangat tanya , macam mana Life Prince Syed boleh bertukar sekelip mata , antara punca rezeki takkan pernah putus adalah amalan Sedekah , selama ni sy tak pernah share tapi kalini sy share untuk kebaikan bersama , untuk kalini kita turun ke @Rumah anak yatim ulin nuha ♬ original sound – Prince Syed Couture

“Selalu tayang harta tapi saya bersedekah”

Waktu tu tengah call pemenang, tiba-tiba isteri saya cakap ada orang telefon pasal emas. Harga emas tengah melonjak, dan saya terus dapat keuntungan besar. Macam tak masuk akal, tapi itulah kuasa sedekah.

Dalam pada masa yang sama, Prince Syed mendedahkan terdapat sebuah syarikat menawarkannya sebanyak RM300,000 untuk membuat review produk, sedangkan dia pada mulanya hanya memberi RM3000 kepada pengikut bertuah.

Saya selalu tayang harta, tapi orang tak tahu di sebalik itu, saya bersedekah. Itu rahsia kaya raya saya.

Prince syed disamun, jual laksa, tayang barang kemas 32.juta
2025-07-29 10:52:28

"Tak Serik-Serik!" – Prince Syed Buat Hal Lagi, Tayang Perhiasan RM3.2 Juta Lepas Jadi Mangsa Samun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...