Prestasi Tidak Menentu Pasukan Kelantan, Dato Vida Mungkin Tarik Balik Penajaan

Trending

Prestasi Tidak Menentu Pasukan Kelantan, Dato Vida Mungkin Tarik Balik Penajaan

image (1)Penajaan pasukan bola sepak Kelantan, dari Datuk Seri Dr. hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan beliau akan menarik diri dari terus menaja skuad itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Khabar angin yang tersebar dalam laman sosial yang mengatakan beliau akan berhenti dari menaja pasukan itu adalah susulan prestasi tidak menentu skuad pantai timur itu dalam saingan musim ini.

Saya tidak nafikan (khabar angin itu). Saya seorang ahli perniagaan, saya nak apa yang saya jual (produk) berkesan dan membantu (pasukan).

Advertisement

Tetapi kalau mereka tak tingkatkan prestasi, jualan saya pula menjunam macam mana saya hendak bayar (gaji),” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Memetik laporan BH Online, Dr. Vida berkata Kelantan perlu teruskan rentak kemenangan dalam baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama untuk ‘memenangi’ hatinya semula.

Bagaimanapun, apa-apa keputusan nanti membabitkan dua baki perlawanan dengan FELDA United dan Selangor, saya akan melihat prestasi mereka. Saya mahu mereka buktikan kesungguhan untuk memenangi semula ‘hati’ saya.

Saya cuma mahu Kelantan menghargai pengorbanan saya. Kemerosotan prestasi Kelantan turut menjejaskan imej dan jualan produk saya sebenarnya.

Malahan, banyak perancangan yang saya mahu lakukan kepada Kelantan gagal dan tidak menjadi termasuk pembinaan hotel PQPTRW,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. Pingback: Dato Vida Mahu Tarik Tajaan Pasukan Kelantan Jika Prestasi Kekal Buruk – Malaysia Dot Renews.Club

  2. Anonymous

    April 24, 2016 at 2:32 pm

    skuaq pink panther/hello kitty woi….kalau pun pun rasa malu. jatuh semangat… :lol:

  3. LOL

    April 24, 2016 at 2:31 pm

    belum ap2…hancur.
    jgn kasi org pompuan.
    rosak sukan…
    mmg aku dah agak.