Prestasi Skuad Kebangsaan : KJ Sahut Cabaran Debat TMJ

Trending

Prestasi Skuad Kebangsaan : KJ Sahut Cabaran Debat TMJ

kj-tmj

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan untuk berbahas dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaysia sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Tanpa mendedahkan tarikh dan tempat debat berkenaan, Khairy berkata, beliau sanggup berdebat dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu, sekiranya ia dapat meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan yang mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak, selepas jatuh ke ranking 174 dunia, kedudukan terendah dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diperkenalkan pada Disember 1992.

“Ya bermakna ya, saya seorang lelaki yang sederhana. Ini satu perkara yang baik untuk (pasukan) bola sepak (kita).

“Nanti orang kata tak nak bersemukalah, apalah…,” kata Khairy pada sidang media sebelum menghadiri majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) 2015, semalam.

Selasa lalu, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, dilaporkan mahu berdebat dengan Khairy dan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bagi mencari punca dan penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.

Baginda pada masa sama mahu perdebatan itu melibatkan para penyokong yang dibenarkan menyuarakan pendapat masing masing dan bertanyakan sebarang soalan yang dikehendaki.

Ia susulan kenyataan Khairy sebelum ini yang mendakwa pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti.

Semalam, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B Sathianathan menjadi orang pertama menyahut cabaran TMJ untuk berdebat.

Beliau menyifatkan cadangan debat itu adalah langkah baik untuk mengembalikan maruah bola sepak negara.

– FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...