Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Presiden Seniman, Zed Zaidi Kini Berniaga Tauhu Bergedil Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup

Keadaan ekonomi yang semakin meruncing di kala wabak pandemik COVID-19 semakin menular di seluruh pelusuk dunia telah memaksa presiden kepada Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi untuk memulakan perniagaan berasaskan makanan.

Difahamkan, Zed Zaidi kini menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan menjual tauhu bergedil secara dalam talian.

Advertisement

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil menjelaskan bahawa dia terpaksa berniaga snek viral itu sebagai usaha meneruskan kelangsungan hidup pada waktu yang meruncing ini.

View this post on Instagram

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil)

“Dengan dua anak kembar yang makin membesar, perlu banyak kos termasuk susu dan belanja isi rumah, saya tidak boleh duduk saja dan memang kena cari jalan untuk mencari rezeki. Oleh itu saya ambil inisiatid buat perniagaan secara kecil-kecilan menghasilkan tauhu bergedeil Begedul. Ini ‘trademark’ kepada perniagaan saya.”

Ditemui media, Zed Zaidi meletakkan nama ‘Begedul’ bagi membezakan produknya dengan orang lain. Idea menjual tauhu bergedil ini tercetus ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana dia melihat isterinya memasak juadah ini dan nampak akan potensi untuk dijual kepada orang ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil)

Tambahnya, sambutan yang diterima pelanggan adalah memberansangkan. Hanya menjualnya pada setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu untuk urusan tempahan dan penghantaran, Zed Zaidi gembira ramai pelanggan ulang tempah tauhu bergedil dengannya.

Menurut Zed lagi, terdapat perbezaan juadah snek yang dijualnya di mana sos cicipan yang didatangkan sekali bersama tauhu tersebut adalah merupakan resipi rahsia warisan daripada nenek isterinya.

View this post on Instagram

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil)

Meluahkan rasa kesyukuran kerana perniagaan mendapat sambutan, Zed Zaidi turut mempunyai impian untuk membuka kedai,cawangan ataupun kilang pada masa hadapan.

“Orang dah rasa dan ulang tempah. Ia terlalu banyak dan pelanggan baru makin bertambah.Secara tak langsung ia turut menjana pendapatan kepada pekerja penghantaran makanan termasuk pembantu peribadi saya.Tamat saja PKPB nanti, saya sasarkan nak pergi jauh lagi. Kemungkinan saya nak buka cawangan, kedai atau kilang.” – Zed Zaidi

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top