Presiden Russia Selesaikan Masalah Penjualan Topeng Muka Pada Harga Tinggi Dengan Satu Langkah Drastik

COVID-19

Presiden Russia Selesaikan Masalah Penjualan Topeng Muka Pada Harga Tinggi Dengan Satu Langkah Drastik

Pada saat seluruh dunia sedang bertarung bermati-matian memerangi wabak COVID-19, ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi ini. Beberapa pihak menjual topeng muka dengan harga yang terlampau tinggi kerana permintaan yang tinggi.

Bukan saja di Malaysia, malah negara lain juga mengalami masalah yang sama. Walaupun Russia tidak mencatatkan kes yang tinggi seperti negara yang lain, beberapa farmasi di sana juga cuba mengambil kesempatan. Namun, Presiden Russia, Vladimir Putin ada jawapannya untuk masalah ini.

Advertisement

“Batalkan saja lesen perniagaan farmasi yang menjual pada harga tinggi.”

Vladimir Putin

Vladimir Putin antara pemimpin yang digeruni oleh pemimpin dunia yang lain kerana ketegasannya dalam memimpin. Keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan itu menunjukkan beliau tidak akan tunduk kepada perniagaan besar yang cuba mengambil kesempatan kepada rakyatnya.

Masalah penjualan topeng muka pada harga yang tinggi dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menterinya di dalam satu mesyuarat pada bulan lalu. Harga asal topeng muka dijual pada 1.5 ruble sahaja tetapi melonjak kepada 70 ke 100 ruble.

Keputusan yang dilakukan oleh Putin itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya turut memuji ketegasannya itu. Sebelum ini juga, keputusan beliau menghalang kemasukan pelancong China lebih awal dari negara lain menyelamatkan rakyatnya dari kadar jangkitan yang lebih tinggi.

Pada masa ini, Russia yang mempunyai populasi seramai 146 juta orang itu hanya mencatatkan sebanyak 253 kes jangkitan wabak COVID-19. Russia mengambil langkah awal menutup sempadan dengan China pada 30 Januari yang lalu dan menetapkan zon kuarantin dilihat berjaya melambatkan penularan wabak itu dalam negara.

Artikel berkaitan: Sepanyol Lanjutkan Tempoh Darurat Apabila Kes Jangkitan Hampir Mencecah 30,000 Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...