Bagi membendung penularan wabak COVID-19, negara Filipina telah melaksanakan perintah ‘lockdown’ dan ianya sudah pun berlangsung selama sebulan. Tetapi sehingga kini perintah tersebut masih tidak di ambil serius oleh rakyat Filipina.
Baca: Individu Langgar Perintah ‘Lockdown’ Dipenjara Dalam Kandang Anjing Di Filipina
Terkini, Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengeluarkan arahan kepada polis dan tentera untuk menembak mati sesiapa sahaja yang melanggar perintah ‘lockdown’ di negara tersebut.
Amaran keras Dibuat selepas masyarakat di beberapa buah daerah di Kota Quezon Manila telah melakukan demonstrasi di sepanjang jalan raya di sana.
Jangan membahayakan pekerja perubatan, para doktor … kerana itu adalah kesalahan yang serius. Perintah saya kepada polis dan tentera, jika ada yang membuat masalah, dan hidup mereka (pegawai polis dan tentera) berada dalam bahaya, tembak mati mereka!
Difahamkan ketika demonstrasi itu berlaku, petugas keamanan dan juga pihak polis telah menasihati ‘mereka’ untuk kembali ke rumah, tetapi ditolak. Polis akhirnya terpaksa menggunakan kekerasan dan berjaya menangkap 20 orang yang terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Bagaimanapun, demonstrasi itu dikatakan bertujuan untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana tidak menerima apa-apa bantuan makanan sejak perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan.
Kami di sini mahu meminta bantuan kerana lapar. Kami masih belum diberi makanan, beras, bahan atau wang tunai. Kami tidak mempunyai pekerjaan. Kepada siapa kami perlu mengadu.
Arahan yang dibuat telah dikecam
Sebelum ini, Filipina telah mendapat kritikan hebat daripada Human Right Watch (HRW) tentang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang mengurung rakyat yang melanggar perintah tersebut dalam ‘sangkar anjing’.
Menggunakan kekerasan dan membuat penahanan tidak akan melepaskan rakyat Filipina dari perut kosong yang sehingga hari ini masih dinafikan bantuan wang tunai yang dijanjikan untuk golongan miskin.
Terkini, para aktivis kemanusiaan turut mengecam penangkapan itu dan mendesak pihak kerajaan supaya mempercepatkan bantuan kewangan yang dijanjikan di bawah program perlindungan sosial bernilai 200 bilion peso bersamaan RM 17 bilion. Hal ini, adalah untuk membantu rakyat yang miskin dan kehilangan pekerjaan di sana.
Bersyukurlah kita kerana dilahirkan di Malaysia.