Presiden Brazil Sertai Perhimpunan Bantah Perintah ‘Lockdown’ Elak Ekonomi Negara Terus Merudum

Trending

Presiden Brazil Sertai Perhimpunan Bantah Perintah ‘Lockdown’ Elak Ekonomi Negara Terus Merudum

Brazil sehingga ke hari ini telah mencatatkan kes positif COVID-19 seramai 43,079 pesakit dan melibatkan 2,741 kes kematian akibat wabak ini. Jair Bolsonaro, Presiden Brazil tidak mahu negara di bawah pimpinan beliau terus dibelenggu masalah lain yang menimpa sepanjang musim COVID-19.

Sebelum ini, Jair telah memecat Luiz Henrique Mandetta, Menteri Kesihatan Brazil kerana gagal mencapai kesepakatan berhubung pelaksanaan perintah berkurung yang telah dijalankan di negara itu.

Advertisement

Presiden Brazil

Tidak hanya memecat menteri yang mempunyai peranan yang penting ketika wabak ini melanda, Jair turut menekan pihak berkuasa Brazil untuk tidak meneruskan pelaksanaan perintah berkurung kerana dikhuatiri ekonomi Brazil akan terjejas dengan semakin teruk.

Oleh itu, beliau sanggup untuk bersama 600 individu yang lain dalam satu demonstrasi untuk menggesa perintah berkurung ditamatkan serta merta. ‘Perjuangan’ seperti ini diharapkan mampu memberi impak yang besar dalam usaha Jair untuk menyelamatkan ekonomi Brazil.

Jair menjelaskan bahawa tindakan menyertai demonstrasi adalah untuk kebaikan rakyat Brazil sendiri. Namun, kebanyakan penduduk Brazil masih lagi mendengar arahan dan akur dengan mematuhi perintah berkurung yang dikuatkuasakan walaupun memberi kesan kepada ekonomi Brazil.

tunjuk perasaan

Demontrasi tersebut dilakukan kerana penunjuk perasaan tidak berpuas hati terhadap arahan perintah berkurung bermula 4 petang hingga 4 pagi yang dikatakan menyukarkan penduduk Brazil untuk keluar mencari pendapatan.

Penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi tersebut meminta arahan berkurung hanya dikenakan terhadap golongan yang berisiko tinggi sahaja. Perintah berkurung yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dikatakan terlampau ketat dan tidak boleh diterima segelintir rakyat Brazil.

Presiden Brazil

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro

Presiden Brazil juga telah menerima kritikan hebat kerana memandang remeh terhadap wabak COVID-19 dan langkah pencegahan yang disarankan untuk dilakukan. Menurut Jair, ‘selesema kecil’ ini hanya akan memberikan kesan yang berlebihan jika penutupan bandar dan perintah berkurung dilakukan.

Ini berikutan penutupan dua bandar terbesar di Brazil dijalankan, Sao Paulo dan Rio De Jeneiro. Kesemua premis perniagaan diarah tutup buat sementera waktu sebagai langkah pencegahan membanteras wabak virus maut ini.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...