Presiden Brazil Disahkan Positif COVID-19 Selepas Berbulan Melanggar Arahan Kementerian Kesihatan

COVID-19

Presiden Brazil Disahkan Positif COVID-19 Selepas Berbulan Melanggar Arahan Kementerian Kesihatan

Brazil kini menjadi negara kedua paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat dengan 1,674,655 kes COVID-19 direkodkan. Negara itu mencatatkan peningkatan kes dengan mendadak selepas kegagalan kerjasama yang baik di antara Presiden dan kepimpinannya.

Baca: Sikap Angkuh Pemimpin Jair Bolsonaro Mempengaruhi Kenaikan Mendadak Kes COVID-19 Di Brazil

Advertisement

Presiden Brazil Jair Bolsonaro kini disahkan positif COVID-19 selepas dikatakan tidak sihat untuk beberapa hari. Beliau terkenal dengan sikapnya yang merendah-rendahkan bahaya virus tersebut selain membantah perintah ‘lockdown’ yang dikatakan akan menjatuhkan ekonomi negara.

Dia menjalani ujian saringan untuk kali yang keempat, pada hari Isnin lalu setelah mengalami gejala termasuk suhu tinggi. Bolsonaro berulang kali mengatakan virus ini hanyalah ‘selesema biasa’ dan tidak perlu dipandang serius sebelum ini.

Menerusi pengumuman dalam sebuah wawancara TV semalam, dia mengatakan demam yang dialaminya telah menurun dan dia merasa “sangat baik”. Bolsonaro berkata dia mula mengalami gejala pada hari Ahad. Kemudian mengumumkan keputusan yang diterimanya pada hari Isnin iaitu dia disahkan positif.

“Semua orang tahu bahawa ia akan menjangkau sebahagian besar populasi cepat atau lambat. Kini, ianya positif bagi saya.” 

presiden brazil

Presiden itu berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti memandangkan umurnya sudah mencecah 65 tahun. Dia turut mengakui ada mengambil hidroksiklorokuin yang diperjuangkan oleh Presiden AS Donald Trump dan antibiotik azithromycin untuk merawat penyakit itu. Namun, tidak ada yang terbukti berkesan melawan virus tersebut.

Pada bulan April lalu, Presiden itu memberitahu bahawa walaupun dijangkiti, dia tidak perlu bimbang kerana dia tidak akan merasakan apa-apa. Paling teruk pun hanyalah selesema atau demam. Jumlah kematian dan jangkitan yang berkaitan COVID-19 pada masa itu di bawah 3,000 dan 40,000 sejak itu mula meningkat.

Dia juga telah memecat Menteri Kesihatan Brazil kerana menjalankan perintah lockdown.

menteri kesihatan brazil

Presiden Bolsonaro berpendapat penutupan wilayah (lockdown) mempunyai kesan yang lebih berbahaya daripada virus itu sendiri dan menuduh media menyebarkan panik kepada rakyat. Selain membantah perintah ‘lockdown’, dia juga dilihat menghadiri majlis umum tanpa memakai topeng muka, walaupun peraturan tempatan mengharuskannya untuk memakainya.

Sejak daripada itu, dia terus menentang langkah-langkah yang dianggapnya “diktator” seperti penutupan pantai atau syarat memakai penutup muka. Dia kemudian membuat perubahan lebih lanjut pada undang-undang yang mengharuskan orang Brazil memakai topeng di tempat umum sebagai tanda bantahan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...