Premis Berdepan Kompaun Jika Sedia Layanan ‘Dine-in’ Dalam Kereta
Trending. Diterbitkan 4 tahuns lalu .
oleh shahzeeq
Susulan kes Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah mengeluarkan beberapa arahan termasuk larangan dine-in di restoran. Pengusaha makanan dibenarkan untuk membuat jualan secara bungkus sahaja.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah premis yang menyediakan layanan dine-in di dalam kereta dan disambut baik oleh orang ramai.
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata perkhidmatan itu adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP). Menurutnya, pengusaha premis boleh dikenakan kompaun sekiranya didapati bersalah.
“Pengusaha premis makanan dinasihatkan supaya menghentikan layanan ‘dine-in’ di dalam kenderaan.
Menghantar makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk makan di dalam kenderaan mereka atau kenderaan yang disediakan oleh premis adalah tidak mematuhi SOP, yang mana hanya membenarkan bawa pulang.”
Tambah Aidi lagi, pada Jumaat lalu sebuah premis makanan di Miri telah dikompaun kerana menyediakan layanan sedemikian. Tindakan itu adalah melanggar SOP apabila hanya perkhidmatan take away dibenarkan.
Sekadar gambar hiasan
Namun, sekiranya pelanggan membeli secara take away (bungkus) kemudian makan di dalam kenderaan sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan.
Dalam usaha membendung penularan wabak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum ini memutuskan aktiviti pembekalan dan penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran saja.
Dapatkan berita terkini dan sensasi dan pelbagai kandungan menarik.
Popular Sekarang
Hiburan 1 tahun lalu
“Bella Sentiasa Senyum & Sembunyikan Masalah..” – Puteri Sarah Nasihat Bella Berikan Prioriti Pada Anak, Jangan Fikir Orang Lain
Hiburan 1 tahun lalu
“Kalau Dah Nama Lelaki, Sampai Mampus Pun Orang Akan Tetap Salahkan..” – Sharnaaz Ahmad Tuju Pada Siapa?
Hiburan 1 tahun lalu
“Semoga Ada Jalan Mudah” – Ude Tarik Saman Fitnah Terhadap Intan Saleh, Izreen Azminda Kekal Teruskan Saman
Gaya Hidup 1 tahun lalu
“Rasullulah Menyukai Mentega Dan Tamar” – Viral Kurma Salut ‘Butter’ Buat Sahur, Makan 3 Biji Kenyang Sampai Petang!
Hiburan 1 tahun lalu
“Kau Bukan Nak Aku Sangat..” – Sembilan Tahun Setia Jadi Duta, Nabil Ahmad Tolak ‘Offer’ Ratusan Ribu Dari Jenama Lain
Komen
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.