Melalui laman Instagram pelakon sensasi, Fathia Latiff, dia membuat pengumuman mengejut bahawa dirinya bakal ke negara Gaza pada tahun hadapan.
Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik, kelihatan gambar seorang wanita memakai purdah serba hitam dan kapsyen foto tersebut yang membuatkan pelakon itu raih perhatian.
View this post on Instagram
Dalam pada memberitahu orang ramai mengenai berita bakal ke Gaza tahun depan, Fathia turut memohon doa daripada netizen agar dirinya syahid.
Biarpun ada beberapa individu persoalkan jika lepas ataupun tidak untuk aktres itu kunjungi Gaza tahun depan susulan peperangan yang sedang berlaku, ramai juga netizen yang mendoakan agar perjalanannya dipermudahkan.
Namun begitu, sehingga kini perkembangan lanjut mengenai berita tersebut masih belum diberitahu oleh Fathia.