‘Prankster’ Menyamar Sebagai YouTuber Terkenal Dan Tempah 40 Burger Sebelum Menghilangkan Diri

Trending

‘Prankster’ Menyamar Sebagai YouTuber Terkenal Dan Tempah 40 Burger Sebelum Menghilangkan Diri

Kebiasaannya, para YouTuber akan melakukan ‘prank’ sebagai salah satu content mereka di saluran YouTube. Kalau anda masih ingat pada awal tahun lalu, kandungan ‘prank’ dan ‘social experiment’ yang dilakukan oleh YouTuber ini viral di media sosial. Video yang bertajuk Experiment Gold Digger ini menerima pujian ramai di atas kejayaan eksperimennya itu.

adira backup andika putera geng old money
3 hours ago

"Kita Pakai Sebab Kita Suka, Bukan Nak 'Impress' Orang" - Adira Tampil Pertahankan Andika Isu 'Old Money'

Advertisement

Tetapi tidak semua ‘prank’ dianggap lucu terutamanya jika tidak kena pada tempatnya. Macam yang dialami oleh seorang peniaga ini yang menjadi mangsa sebuah ‘prank’ yang kononnya dilakukan oleh seorang YouTuber. Pembeli tersebut telah menempah burger di dalam kuantiti yang banyak sebelum menghilangkan diri.

‘Pembeli’ tersebut menyamar sebagai Ginnyboy yang menyerupai Jinnyboy iaitu seorang YouTuber terkenal di Malaysia. Menurut Jinnyboy, ‘pembeli’ tersebut telah memesan makanan dengan seorang peniaga yang menjalankan perniagaan di rumah dan menyamar sebagai dirinya.

Peniaga tersebut yang telah menunggu di Public Bank (kawasan yang dijanjikan) terkejut apabila ‘pembeli’ tersebut mengatakan ia hanyalah sebuah prank dan telah mengakibatkan peniaga tersebut kerugian RM140. Oleh kerana ‘pembeli’ tersebut memberitahu dia tidak tahu membuat pembayaran secara online, tiada bayaran awal yang diberikan kepada peniaga.

Jinnyboy menerusi kenyataan di Facebook miliknya menjelaskan individu itu bukanlah dirinya. Dia juga tidak pernah melakukan sebarang ‘prank’ baru-baru ini kerana ‘prank’ terakhir yang dilakukan olehnya adalah pada 7 tahun yang lalu. Itu pun semasa dia berkhidmat di sebuah stesen radio dan bukan untuk saluran YouTube miliknya.

Selepas insiden ini tular, orang ramai juga dikatakan cuba membantu mengesan scammer tersebut dengan menghubungi nombor telefonnya. Tetapi usaha tersebut gagal apabila telefon itu sudah pun dimatikan dan tidak dapat dihubungi.

Kejadian ini sedikit sebanyak telah menjejaskan peniaga tersebut yang dikatakan baru sahaja memulakan perniagaannya di rumah sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Menerusi maklumat di ruangan komen, kesemua burger tersebut telah diserahkan kepada rumah kebajikan selepas ‘pembeli’ tersebut gagal memunculkan diri.

Di dalam tempoh PKP ini, pastinya ramai yang terkesan dari sudut sumber pendapatan. Kejadian seperti ini semestinya akan memberikan ‘trauma’ kepada para peniaga di luar sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...