‘Prank’ Tangan Patah, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Rakan

Trending

‘Prank’ Tangan Patah, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Rakan

Anda pernah tak prank kawan anda sendiri? Sudah tentu mesti ramai juga yang pernah buat kan? Biasalah adat berkawan, belum cukup rapat lah kalau anda tak pernah sekali pun mengenakan kawan anda sendiri dengan niat hendak bergurau.

Saat suka dan duka ketika melakukan prank tersebut pastinya bakal menjadi kenangan suatu hari nanti dan mesti sukar untuk kita lupakan.

Advertisement

5 years ago

Gara-Gara Buat 'Prank' Beri Bantuan Berisi Sampah, YouTuber Indonesia Kini Dibuli Di Dalam Tahanan

Kata orang, sudah menjadi asam garam kehidupan berkawan perkara usik-mengusik ni, apatah lagi kalau kita ada kawan yang memang rapat dan ‘sekepala’ dengan kita. Kalau hari ini kita prank kawan kita, hari lain kita pula yang dikenakan oleh mereka.

Lucu, member gelabah ingatkan tangan kawan betul-betul patah

Baru-baru ini, tular satu perkongsian video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang melakukan prank pada rakannya dengan mengajak rakannya itu untuk berlawan gusti lengan. Reaksi rakannya ketika di prank telah mencuri perhatian netizen.

Sebelum memulakan perlawanan gusti lengan tersebut, lelaki itu memasukkan pasta ke dalam mulutnya ketika rakannya itu beredar seketika dan kemudiannya mereka memulakan terus perlawanan gusti lengan tersebut selepas rakannya kembali.

Sedang asyik bergusti lengan, tiba-tiba terdengar bunyi seakan tangan patah apabila rakannya itu berjaya menewaskannya. Sebaik sahaja terdengar bunyi tersebut, rakannya itu terus menggelabah kerana dia ingatkan yang tangan lelaki tersebut betul-betul patah.

Lebih melucukan, rakannya itu bertindak menutup mulut lelaki itu dan menghentak kepalanya ke meja apabila lelaki tersebut mahu memanggil ibunya kerana dia takut ibu lelaki itu tahu. Betul-betul ‘cuak’ ya kawan dia.

Rakan gelabah apabila di prank

Reaksi rakan menutup mulut lelaki itu – via TikTok

“Dah la patah tangan, lepas tu kena smackdown”

Perkongsian video tersebut kini telah berjaya mencecah 1.1 juta tontonan, 149.2 ribu tanda like dan 5.3 ribu komen. Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi spontan rakannya itu.

Komen netizen mengenai kejadian rakan di prank seorang lelaki

Komen netizen di ruangan komen perkongsian lelaki itu – via TikTok

 

Komen netizen mengenai kejadian rakan di prank seorang lelaki

Komen netizen di ruangan komen perkongsian lelaki itu – via TikTok

Lebih mencuit hati, ramai tidak menyangka yang rakannya itu bertindak menghapuskan ‘bahan bukti’ berbanding menolong lelaki tersebut atau mencari jalan penyelesaian.

Kalau anda berada di tempat rakan lelaki tersebut, apa yang akan anda lakukan? Siapa tahu, mungkin anda juga akan melakukan perkara yang sama.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...