“‘Prank’ Mengandung, Bersekedudukan Satu Rumah” – JAKIM Diminta Siasat ‘YouTuber’ Muat Naik Video Pergaulan Bebas

Kehidupan

“‘Prank’ Mengandung, Bersekedudukan Satu Rumah” – JAKIM Diminta Siasat ‘YouTuber’ Muat Naik Video Pergaulan Bebas

Tular di media sosial baru-baru ini apabila kisah mengenai seorang YouTuber dan rakan-rakan yang memuat naik pelbagai video memaparkan pergaulan bebas.

Saluran YouTuber yang memiliki hampir 2.65 juta pengikut itu dikritik kerana dianggap mempromosikan gejala sosial dan mencemari agama Islam.

Advertisement

Seperti satu ciapan di Twitter ini, dikhabarkan para remaja yang bergelar ‘content creator’ itu telah menghasilkan kandungan di dalam sebuah rumah, bercampur lelaki dan perempuan tanpa pantauan daripada orang dewasa.

YoutuberSumber : Twitter  

Antara kandungan yang dihasilkan adalah berbentuk ‘prank’ tangkap basah, mengandung dan kisah cinta antara lelaki dan perempuan.

Malah, mereka juga pernah ditegur namun tiada perubahan malah agama Islam pula dibuat bahan mainan oleh remaja-remaja ini.

YoutuberSumber : Twitter  

Isu ini sudah lama ditegur, namun mereka tidak kisah. Malah, ada video prank mereka juga ibarat normalisasikan percampuran lelaki dan perempuan, couple dan prank kena tangkap basah pun ada.

Menjengah ke ruangan komen berkaitan isu itu, netizen meminta agar pihak Jabatan Agama untuk mengambil tindakan bagi mengelakkan lebih ramai golongan muda terutamanya kanak-kanak terpengaruh dengan budaya yang tidak elok ini.

“Semakin rosak anak-anak muda, penzinaan makin berleluasa. Mereka ini tidak kisah pasal halal atau haram. Target mereka remaja, itu yang buat kisah cinta” tulis seorang netizen.

Ustaz azhar idrus rempit
2 years ago

Ibarat B*nuh Diri, Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Meninggal Dunia Ketika Rempit Adalah Haram

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...