Pramugari Malaysia Airlines Dipecat Hanya Kerana Berat Badan Naik 0.7Kg Walaupun Sudah Berkhidmat Lebih 20 Tahun

Trending

Pramugari Malaysia Airlines Dipecat Hanya Kerana Berat Badan Naik 0.7Kg Walaupun Sudah Berkhidmat Lebih 20 Tahun

Kesatuan Kebangsaan Anak Anak Kapal Kabin Penerbangan (NUFAM) menuntut keadilan berikutan kes pemecatan seorang anak kapal Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang disebabkan mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 0.7 kilogram (kg).

Pramugari Malaysia Airlines, Ina Meliesa Hassim dipecat pada tiga tahun lalu selepas dia didakwa gagal memenuhi standard yang ditetapkan. NUFAM menyifatkan pemecatan bekas penyelia penerbangan adalah tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.

Advertisement

Susulan pemecatan itu, Ina Meliesa Hassim telah memfailkan kes terhadap syarikat penerbangan tersebut pada September 2017 kerana silap melakukan pemecatan.

pramugari malaysia airlines

Gambar sekadar hiasan

Pada tahun 2017, wanita yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu dipecat oleh MAB kerana berat badannya yang melebihi daripada peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan tersebut. NUFAM memberitahu keputusan Mahkamah Perusahaan itu hanya akan menggalakkan syarikat penerbangan yang lain melakukan perkara yang sama.

Anak kapal ini sudah berkhidmat lebih 20 tahun dan bukannya mereka tidak lagi memiliki prestasi yang tidak bagus. Penggubal undang-undang di negara ini perlu merangka perundangan perlindungan pekerja yang lebih baik jika melihat pada keputusan mahkamah ini.

NUFAM yang membantah keputusan ini yang akan membangkitkan kebimbangan mengenai nasib anak kapal muda dan kurus yang menjadi buruan syarikat penerbangan ketika ini, yang mungkin berdepan nasib sama apabila sudah berusia dan melebihi berat badan ditetapkan.

Keputusan adil

malaysia airlines

Gambar sekadar hiasan

Walaupun begitu, Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Syed Noh Said, mempunyai pandangan yang berbeza apabila memberitahu pemecatan dilakukan oleh MAB itu adalah sesuatu yang adil. Beliau turut memberitahu wanita itu gagal mencapai had berat yang ditetapkan selepas MAB memberi masa selama 18 bulan untuknya mengikuti program pengurusan berat badan syarikat itu.

Syarikat penerbangan itu telah menetapkan had berat mengikut indeks jisim tubuh (BMI) berdasarkan ketinggian Ina Meliesa iaitu 160 sentimeter. Had berat yang ditetapkan ialah 61kg tetapi berat terakhir wanita itu adalah 61.7kg seperti yang direkodkan pada 10 April 2017.

Artikel berkaitan: Bekas Pengarah Urusan MAS Meninggal Dunia, Individu Penting Di Sebalik Sejarah Kegemilangan Malaysia Airlines

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...