PPIM Bantu Bebaskan ‘Doktor Gigi YouTube’ Kerana Dia ‘Aset Negara’

Trending

PPIM Bantu Bebaskan ‘Doktor Gigi YouTube’ Kerana Dia ‘Aset Negara’

Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, seorang graduan kolej vokasional dibebaskan setelah dipenjarakan enam hari kerana gagal membayar denda berjumlah RM 70,000 Jumaat lepas. Enam hari itu ialah sebahagian dari hukuman enam bulan penjara yang diperintahkan ke atasnya setelah mengaku bersalah menjalankan perniagaan perubatan pergigian tanpa tauliah pada 27 September di Mahkamah Sesyen Melaka.

Walau bagaimanapun, dia dibebaskan setelah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Penggiat Ekonomi Malaysia (PPEM) yang membaca mengenai kes Nur Farahanis di media, memutuskan untuk mengutip derma bagi membayar denda itu.

Advertisement

Sekumpulan orang menunggu di luar penjara Sungai Udang di Melaka menyambut pembebasan wanita itu Jumaat lepas.

Apabila dihubungi New Straits Times, ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata Nur Farahanis ialah seorang gadis pintar yang hanya membantu memperbetulkan pendakap gigi rakan-rakan berdasarkan pengalamannya yang dipelajari dari YouTube.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Kami rasa perlu bantu dia dan kami percaya kami ada sebab yang baik untuk membantu dia.

Saya takkan katakan pertuduhan terhadapnya tidak adil. Kami rasa kamu perlu cuba bantu seseorang yang mahu keluar dari kemiskinan dan cabaran kehidupan.

Dia menambah Nur Farahanis pada awalnya tidak mahu mengaku bersalah tetapi berbuat demikian kerana menyangka denda yang dikenakan adalah lebih rendah.

Kami berpendapat dia (Nur Farahanis) masih muda, tidak pernah melakukan jenayah sebelum ini dan patut diberi peluang kedua.

Malahan PPIM akan terus membantu Nur Farahanis:

Kami akan terus membantu dia. Organisasi kami memang sejak dulu bersedia membantu anak Malaysia yang rajin dan ikhlas. Mereka ialah aset negara dan tidak patut dibiarkan sendiri.

Dia turut menambah, antara bantuan yang ditawarkan oleh PPIM ialah membantu Nur Farahanis ialah mendaftarkan perniagaannya dan melanjutkan pelajaran.

Nur Farahanis ialah anak sulung dari tiga adik beradik. Bapanya bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap manakala ibunya seorang surirumah.-amazingnara.com

Sumber : NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...