Bulan Ramadan merupakan bulan rahmat dan bulan yang sangat dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka diampuni baginya dosa-dosa yang telah lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada bulan yang mulia ni, umat Islam akan berlumba-lumba melakukan amal kebaikan kerana dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda.
Adakah korang dah ready dengan persiapan untuk melakukan amal kebajikan pada Ramadan? Kalau belum, mungkin korang boleh niat dan mulakan dengan 4 perkara baik ini.
1. Solat terawih
Solat tarawih ialah solat sunat khusus yang dilakukan pada setiap malam dalam bulan Ramadan. Waktunya bermula selepas Isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Biasanya solat terawih akan dilakukan diantara 8 sehingga 20 rakaat mengikut kemampuan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.”- Hadis Riwayat Muslim: 759
2. Jaga percakapan
Pernah dengar orang kata kalau puasa ni kena jaga mulut, kenapa agaknya?
Ini kerana kadang-kala kata-kata yang dituturkan oleh lidah kita dapat menyakitkan hati orang lain tanpa disedari. Oleh sebab itu, kita dilarang atau kalau boleh elakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, maki hamun, mengumpat dan bertengkar ketika sedang berpuasa.
Jadi elakkan daripada berkata perkara yang kurang baik, kerana ia boleh menyebabkan puasa kita hanya ‘sekadar’ puasa dan sia-sia.
3. Banyakkan berdoa
Selain menjaga percakapan, umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan doa ketika sedang berpuasa. Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda dengan maksud:
“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”.
Jangan lepaskan peluang untuk meminta bersungguh-sungguh kepada Allah supaya diri sentiasa dalam perlindungan dan diampunkan segala dosa-dosa.
4. Bersedekah
Dengan bersedekah, Allah SWT telah menjanjikan terbukanya salah satu pintu rahmat untuk orang-orang beriman meraih keuntungan dalam bulan Ramadan.
Bersedekah bukan hanya menambahkan pahala malah membantu menyucikan orang yang berpuasa. Para ulama menjelaskan bahawa harta seseorang tidak akan berkurang hanya kerana bersedekah.
Apa yang dimaksudkan dengan harta tidak berkurang merangkumi dua perkara iaitu hartanya diberkahi dan dihindarkan dari bahaya dan kedua, jika wujudnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut akan ‘diganti’ dengan pahala berlipat ganda.
Best kan sedekah?
Jom Sertai FFM Online Iftar On Time Bersama x iMedia
Chup..Chup.. Ni bukan iMedia buat majlis berbuka puasa. Tapi kami nak ajak korang untuk bersedekah dengan cara yang lain daripada yang lain.
Haa.. Macam mana tu?
Macam yang kita tau, konsep bersedekah ni luas dan boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
FFM Online dengan kerjasama iMedia nak ajak korang untuk bersama-sama buat ‘good deeds’ dengan bersedekah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.
Apa yang kami nak lakukan ialah, kami akan kongsikan 100 bungkusan untuk berbuka kepada orang awam yang sibuk dengan kehidupan seharian sehingga terlewat atau tidak sempat nak berbuka puasa on time.
Apa yang uniknya aktiviti yang kami nak lakukan ini, kami nak ajak followers untuk sama-sama berkongsi ganjaran pahala tanpa perlu keluarkan sesen pun.
“Habis tu macam mana nak sedekah?”
Apa yang korang perlu lakukan hanya sertai peraduan teka emoji kami di Facebook Oh! Media dan Beautifulnara.
Kemudian kami akan pilih 100 orang pemenang bertuah, di mana setiap pek makanan yang disumbangkan akan dikreditkan kepada korang (jika korang terpilih sebagai pemenang).
Pihak kami juga akan menghubungi korang untuk berkongsikan kata-kata semangat kepada penerima pek makanan Iftar On Time.
Inilah masanya untuk korang kumpul pahala dengan mudah semasa Ramadan nanti.
Tunggu apa lagi, klik terus ke Facebook Oh! Media dan Beautifulnara untuk sertai FFM Online Iftar On Time bersama iMedia.