Mana-mana individu yang memiliki minat tersendiri pasti akan sanggup berbuat apa sahaja supaya minatnya itu kelihatan sempurna. Tak kisah berapa modal yang diperuntukkan asalkan perkara yang disukainya itu kelihatan sempurna.
Macam yang berlaku di Georgetown, Pulau Pinang, seorang lelaki dikenali sebagi S Rajah, 60, memiliki gaya potongan rambut yang unik sehingga menjadi perhatian dan memberi pelbagai rekasi daripada pengunjung yang datang, lapor Harian Metro.
Lelaki yang bekerja sebagai peniaga barang lusuh selama 40 tahun di kawasan itu mengaku tidak berasa kekok walaupun menjadi perhatian orang ramai.
“Banyak reaksi daripada orang ramai kalau tengok rambut saya, ada juga yang menarik rambut untuk memastikan ianya bukan palsu” – S Rajah
Menurutnya, ada juga pengunjung yang datang semata-mata untuk bergambar dengannya sahaja dan bertanya tentang penjagaan rambut.
Tambahnya, potongan rambut unik itu dikekalkan lebih 20 tahun lalu dan dia juga memperuntukkan sebanyak RM 50 sehari untuk mencucinya selama sejam di salun.
“Rambut saya perlu dicuci rapi demi memastikan ianya sihat, berbentuk kekal dan senang diurus”
Dalam keadaan rambutnya yang unik itu, ada segelintir individu yang bertindak nakal dengan menarik rambutnya untuk melihat sama ada ianya palsu atau pun asli. Baginya, tindakannya itu membuatkannya dia kurang selesa tapi dia tidak mengambil serius malah menganggap ianya hanya gurauan.
Walaupun rambutnya kelihatan seperti bentuk topi keledar tapi dia selesa dan rasa unik dengan gaya rambut seperti ini.
Agak-agak kaum lelaki yang lain berani buat rambut style macam ni?
Sumber