Poster Penjarakan Sosial Dikoyakkan Pengguna LRT Semasa Hari Pertama PKPB

Trending

Poster Penjarakan Sosial Dikoyakkan Pengguna LRT Semasa Hari Pertama PKPB

Minggu lalu diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula berkuatkuasa bermula hari ini bersamaan 4 Mei 2020. Pembukaan semula semua sektor ekonomi kini memerlukan orang ramai kembali bekerja semula dengan syarat yang dikenakan.

Penggunaan pengangkutan awam RapidKL juga kembali beroperasi namun terdapat beberapa perubahan yang perlu diikuti. Antaranya pemeriksaan suhu badan, had kemasukan pengguna dalam satu koc tren dan penjarakan sosial.

Advertisement

RapidKL

RapidKL

Namun, perkara menyedihkan berlaku apabila poster penjarakan sosial yang ditampal di tempat duduk LRT telah dikoyakkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Pihak RapidKL yang kesal dengan tindakan itu telah memuatnaik gambar tersebut di Facebook rasmi mereka.

“Poster ini ditampal untuk keselamatan. Tolong beri kerjasama dengan kami dan jangan koyakkan. #KitaJagaKita”

Poster tersebut yang ditampal pada kerusi penumpang adalah untuk memastikan adanya jarak yang selamat diantara penumpang. Sekiranya ianya dikoyakkan, penumpang yang lain pastinya tidak dapat mengekalkan arahan yang dikeluarkan.

RapidKL turut meminta orang ramai untuk lebih bertanggungjawab dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Namun, perkongsian mengenai isu ini kemudian dipadamkan daripada Facebook RapidKL selepas beberapa jam dimuatnaik.

Selepas hampir dua bulan kita ikuti arahan PKP, jangan lah kita sia-siakan pengorbanan itu dan jadi lah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. 

Artikel berkaitan: Baru Hari Pertama PKPB, Orang Ramai Dilihat Sanggup Beratur Panjang Di Luar Kenanga Mall

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...