October 31st, 2016

Tanggal 8 Disember depan, Skop Productions bakal menayangkan filem yang cukup unik dan menarik iaitu Desolasi arahan Syafiq Yusof.

Namun, sebelum filem itu ditayangkan, ada pihak yang mula mempertikaikan persamaan poster filem Desolasi dengan filem Inferno lakonan Tom Hanks.

Jika anda lihat kedua-dua poster berkenaan, ia menunjukkan dua pelakon utama sedang berlari ke arah sama.

Berbicara mengenai isu berkenaan, Syafiq akui beliau merasa terkejut dan telah bertanya kepada pereka grafik poster Desolasi. Menurut Syafiq, beliau dimaklumkan ia cuma satu kebetulan sahaja.

Malah, menurut Syafiq , poster Desolasi siap Ogos lalu dan ketika itu poster filem Inferno belum lagi muncul di pasaran filem tempatan.

Poster yang tersebar itu bukan poster utama. Poster utama hanya paparkan watak utama berseorangan sahaja manakala poster yang tersebar itu adalah poster kedua. Saya hanya mahu mencari kelainan sebab umum tahu setiap poster filem keluaran Skop Production akan paparkan banyak pelakon, jadi saya nak ubah dengan cara sendiri.

Bagaimanapun papa (Datuk Yusof Haslam) sarankan saya menghasilkan poster yang paparkan dua watak dalam filem berbanding hanya satu watak sahaja. Selepas melakukan beberapa perincian, baharulah kami bersetuju untuk wujudkan dua rekaan poster.

Menerima pelbagai kritikan daripada netizen mengenai isu ini, Syafiq bagaimanapun berkata ia mungkin perkara baik buat filemnya itu. Dari isu ini, orang akan mula cakap dan memberikan perhatian terhadap filem Desolasi.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...