March 20th, 2020

Sedang menikmati saat bahagia bergelar isteri dan memiliki seorang suami yang mementingkan keluarga dan agama, pelakon Emma Maembong menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya yang baru selesai menunaikan solat jemaah bersama suami, Muhammad Shazli dan bapa mentuanya.

emma maembong

Menerusi ‘posting’ yang sama, Emma meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka mempertikaikan tindakan dan mengecam sesetengah pihak yang berkongsi hal mengenai keagamaan di media sosial. Pastinya sesiapa sahaja yang melakukan perkara itu akan dilabel sebagai seorang yang suka menunjuk.

Pada Emma, apa salahnya untuk berkongsi sesuatu yang positif dan secara tidak langsung  boleh menggalakkan orang ramai melakukan perkara yang sama.

emma maembong muat naik video solat

Perkongsian itu mendapat reaksi positif, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Emma dan berterima kasih kepadanya kerana menyebarkan perkara yang sangat positif.

emma maembong muat naik video solat emma maembong muat naik video solat emma maembong muat naik video solat

Betul juga kata Emma, tidak salah untuk memuat naik sesuatu tentang amal kebajikan dan agama di media sosial. Bukannya hendak riak tetapi sama-sama mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan.


2 responses to “Post TikTok Jadi Trend Tapi Bila Bab Agama Dikecam Menunjuk Pula – Emma Maembong”

  1. Chohkri Yulis. says:

    Sebenarnya dia nk tunjuk suami dia lagho sosial open minded mana pn tp tetap bleh imamkn org.

  2. Anonymous says:

    Agrree. Islam agama persekutuan negara. Negara luar bukan islam pon xde masalah tengok org Islam solat.
    Yg duk ckap riak ni sebab dia xpernah (maybe) solat.
    Kalau satu Muslim Malaysia solat dan post, mustahil ad yg nk kecam dah kecuali org kapir benci Islam Dan geng2 munapik.
    #hentigunaayatTUNGGANGAGAMA
    #orgMalaysiaMasihBingai

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...