Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang pelawak yang merupakan bekas peserta program realiti komedi tempatan ditahan polis atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 20-an di Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah direman selama lima hari bermula semalam sehingga 2 Disember untuk siasatan lanjut.
Berita tersebut telah menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga ada yang membuat andaian sendiri dan memetik beberapa nama meskipun tiada maklumat sahih daripada polis.
Menerusi aplikasi Instagram, pelawak, Tauke tampil membuat satu hantaran video seolah-olah menafikan dirinya terlibat dengan penangkapan tersebut.
Video tersebut memaparkan dirinya sedang santai menikmati minuman di Al-Ulum iMart & Cafe.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan pelawak tersebut bukanlah Tauke dan mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat tuduhan melulu tanpa bukti.