Terkini, kumpulan Facebook ‘Group Budak-budak Sekolah Rendah’ yang sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai susulan menyebarkan konten-konten tidak senonoh melibatkan remaja perempuan sudah tidak lagi boleh diakses sejak petang Rabu.
Melalui laporan Sinar Harian, cubaan untuk mengakses kumpualn terbabit yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai ‘public group’ gagal dilakukan.
Namun begitu, hal itu tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan Facebook itu telah menukar status kepada ‘grup tertutup’ oleh pemilik akaun atau ia telah diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebelum ini, pempengaruh dikenali ramai, Mek Yun tampil meluahkan rasa kesal selepas mengetahui wujudnya gambar dia ketika zaman persekolahan yang dimuat naik ke dalam group berkenaan tanpa kebenarannya dan atas tujuan tidak senonoh.
View this post on Instagram
Saya sendiri tidak sanggup untuk skrol kandungan kumpulan itu kerana jijik dengan komen berbaur lucah yang ditinggalkan oleh lelaki-lelaki tidak bermoral.