Semenjak berpindah dan menetap di Sydney, Australia usahawan kosmetik dari Malaysia yang sering mencuri perhatian, Sajat makin berani dalam ‘menonjolkan’ dirinya.
Ada kalanya sesi live dibuatnya di Instagram menghiburkan netizen kerana kata-katanya yang random namun apabila dia terlampau menayangkan tubuh badan, ramai warganet kurang gemar dengan perkara itu.
Seperti foto yang dimuat naik oleh Sajat baru-baru ini di mana dia dilihat menggayakan pakaian dalam sahaja dan dianggap terlalu seksi bagi sesetengah orang.
Meskipun ini bukan kali pertama dia memuat naik gambar atau video yang mencolok mata namun foto ini menurut mereka tidak patut menjadi tatapan umum kerana umat Islam kini dalam musim menunaikan ibadah Haji.
Menerusi ruangan komen, beberapa individu dilihat memintanya menghormati agama Islam dan mereka yang sedang berada di Mekah.
Bukan itu sahaja, ramai yang turut tidak melepaskan peluang untuk menasihatinya agar berubah dan kembali kepada fitrah asal sebelum terlambat.