Semalam, kita dikejutkan dengan berita pelakon cantik, Puteri Aishah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland pada 15 Mac lalu. Bagaimanapun, dia tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti virus tersebut.
Ramai yang mendoakan agar dia cepat sembuh tetapi ada segelintir netizen mengecam pelakon tersebut serta kru produksi yang terlibat kerana masih menjalani proses penggambaran dan keluar negara, walaupun ketika itu penularan wabak pandemik berkenaan sudah meningkat di seluruh dunia. Malah, negara Malaysia sendiri masih dalam keadaan berjaga-jaga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dalam pada itu, Puteri Aishah turut disindir dimana dia sebelum ini berkongsi sebuah ‘posting’ di dalam pesawat sebuah syarikat penerbangan terkenal yang menjalankan proses sanitasi sebelum berlepas. Kata netizen, virus ada dimana-mana sahaja tidak kira tempat.
Difahamkan, Puteri Aishah sudah pun memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), pada petang semalam. Pengurusnya, Iman Tang memberitahu Puteri Aishah dalam keadaa baik dan nampak sihat.
Anonymous
April 13, 2020 at 10:13 am
memang betul dia pergi atas dasar kerja, tapi risiko diri sendiri yang tanggung…sebelum pergi boleh fikirkan…ahh retis benda free semua pun ikut jee…sekarang dah jadi mcm ni, production boleh buat apa?? tepuk dada…
Anonymous
April 10, 2020 at 12:27 pm
Dia pergi atas dasar kerja…kalau dia tak pergi mungkin dia akan disaman dgn production… situasi dia mungkin diluah mati mak ditelan mati bapak…dia bukan saja2 nak pergi melancong..kita doakan je yg baik2…kalau taknak doakan pun at least jangan la maki hamun…cuba bayangkan kalau dia tu mak bapak or adik beradik kita?
Anonymous
April 9, 2020 at 6:57 pm
Yelah.. takda akal.
Orang habis² membantu wabak ini dari menular.
Kamu ni pembawa penyakit IMPORT balik ke Malaysia.
.
Dengan takdak gejala lagi. Kamu ni yang mentransfer kepada orang lain tanpa sedar.
Nak menunjuk sangat! Macam kamu je boleh pergi sana. T.o.l.o.l.