Semalam, kita dikejutkan dengan berita pelakon cantik, Puteri Aishah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland pada 15 Mac lalu. Bagaimanapun, dia tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti virus tersebut.
Ramai yang mendoakan agar dia cepat sembuh tetapi ada segelintir netizen mengecam pelakon tersebut serta kru produksi yang terlibat kerana masih menjalani proses penggambaran dan keluar negara, walaupun ketika itu penularan wabak pandemik berkenaan sudah meningkat di seluruh dunia. Malah, negara Malaysia sendiri masih dalam keadaan berjaga-jaga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dalam pada itu, Puteri Aishah turut disindir dimana dia sebelum ini berkongsi sebuah ‘posting’ di dalam pesawat sebuah syarikat penerbangan terkenal yang menjalankan proses sanitasi sebelum berlepas. Kata netizen, virus ada dimana-mana sahaja tidak kira tempat.
Difahamkan, Puteri Aishah sudah pun memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), pada petang semalam. Pengurusnya, Iman Tang memberitahu Puteri Aishah dalam keadaa baik dan nampak sihat.