Pelakon jelita, Jue Aziz dilaporkan telah menjadi mangsa terbaru COVID-19 apabila dia mengesahkan positif wabak itu.
Berita duka itu dikongsikan Jue menerusi sebuah hantaran di Instagramnya baru-baru ini.
Ujar Jue, dia mengalami simptom batuk, demam, sakit kepala, selsema dan juga telah kehilangan deria rasa.
Salam kesayangan saya semua. Tolong doakan kesihatan Jue. Jue positif COVID-19. Nak makan dan buang air kecil selalu rasa ngilu. Yang paling tak tahan mengigil sejuk badan sampai ke tulang dan macam demam sakit urat.
Dia dalam pada itu turut memohon doa agar diberi kesembuhan dan meminta agar diampunkan dosa jika ada berbuat kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak.
Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis turut berdoa agar Jue kembali sihat seperti sedia kala.
Terdahulu, antara selebriti tanah air yang turut dijangkiti wabak membunuh itu ialah Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Shima Anuar, Emma Maembong, Sweet Qismina dan ramai lagi.
Terbaru, wabak COVID-19 turut mengorbankan penyanyi kesayangan ramai, Allahyarhamah Siti Sara Raisuddin yang pergi meninggalkan kita pada hari Isnin yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.