Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha ada mengumumkan bahawa dia telah disahkan positif COVID-19 menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, semalam.
Maklum Daiyan, dia menjadi kontak rapat dengan seseorang daripada pihak produksi yang disahkan positif pada Khamis lalu.
Dia kemudiannya membuat ujian calitan dan memperoleh keputusan negatif namun dirinya merasa tidak sedap badan ketika berada dalam satu majlis.
Saya mohon maaf kepada mereka yang menjadi kontak rapat, silah buat ujian swab segera. Minta maaf sekiranya menyusahkan semua.
Daiyan kemudian segera membuat ujian calitan sekali lagi dan memperoleh keputusan positif.
Difahamkn penyanyi lagu Penat itu dilaporkan sedang melakukan kuarantin kendiri di rumah pada ketika ini.
Sementara itu, Daiyan turut memohon doa orang ramai agar dirinya cepat pulih dan memanjatkan kesyukuran di atas ujian yang diberikan terhadapnya.
Semoga cepat sembuh Daiyan!