Positif COVID-19, Ashira Hanya Risaukan Keadaan Suami Dan Anak

Hiburan

Positif COVID-19, Ashira Hanya Risaukan Keadaan Suami Dan Anak

Penyanyi, Ashira Aziz dilaporkan telah positif wabak COVID-19 semalam selepas dia melakukan ujian di klinik kerana mengalami masalah pernafasan dan hidung tersumbat.

Ashira
3 years ago

Kecoh Tegur Fasal Mihun Di Instagram TokTi, Tak Pasal-Pasal Ashira Aziz Kena Tempias

Advertisement

Ashira yang dihubungi media memaklumkan bahawa dia sekarang kini masih menunggu maklum balas daripada Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Ditanya mengenai keadaannya kini, bekas peserta program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-7 ini memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Minta maaf sebab tak boleh nak bercakap sebab terlalu lemah. Suara saya pun mula hilang sebab batuk dan sakit tekak. Badan saya masih dalam keadaan lemah. Saya dah dapat hampir semua gejala cuma deria rasa masih ada. Deria bau pun sudah mula berkurangan.

Ujarnya lagi, dia berharap agar suami, penyanyi Bad Indigo dan juga anak serta anak saudaranya tidak dijangkiti wabak tersebut kerana telah menjadi kontak rapat kerana tinggal bersama-sama di rumah.

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Ia menjadi kerisauan Ashira apabila Bad merupakan pesakit berisiko tinggi dan sehingga artikel ini ditulis, suaminya disahkan negatif.

Terdahulu, Ashira ada berkongsi mengenai keadaan bapa dan ibu tirinya yang dijangkiti COVID-19.

Semoga dipermudahkan urusan buat Ashira dan keluarga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...