Pos Malaysia Tawar Peluang Jana Pendapatan Sebagai ‘Rider’ Sepanjang Tempoh PKP Ini

COVID-19

Pos Malaysia Tawar Peluang Jana Pendapatan Sebagai ‘Rider’ Sepanjang Tempoh PKP Ini

Sedar tidak sedar, sudah lebih sebulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di Malaysia. Sepanjang tempoh PKP ini, ada rakyat Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan dan tidak dapat bekerja seperti biasa. Keadaan ini pastinya sukar untuk dilalui terutamanya ketika kini umat Islam sedang menjalani bulan Ramadan.

Berita baik bagi mereka yang ingin menjana pendapatan, Pos Malaysia Berhad kini menawarkan peluang menjana pendapatan sebagai ‘rider’ mereka. Oleh kerana permintaan pembelian atas talian yang semakin meningkat semasa PKP ini, Pos Malaysia memerlukan bantuan orang ramai yang berminat untuk menghantar parcel kepada pelanggan mereka.

Advertisement

Peluang ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas. Selain itu, anda juga perlu lah mempunyai van (komersial) berpanel penuh atas nama sendiri ataupun syarikat anda. Pemohon perlu memiliki lesen memandu penuh GDL dan memiliki telefon pintar Android 5.0 ke atas. Untuk maklumat lain mengenai kriteria pemilihan, boleh klik di sini.

Walau bagaimanapun, peluang ini hanya terbuka kepada mereka yang berada di kawasan-kawasan yang disenaraikan seperti di dalam poster di atas. Menariknya, orang ramai boleh menjana pendapatan komisen sehingga RM6,000 sekiranya berkhidmat sebagai ‘rider’ Pos Malaysia Berhad.

Peluang ini pastinya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan sepanjang tempoh PKP ini. Diharapkan keadaan penularan wabak COVID-19 semakin beransur pulih di Malaysia dalam masa terdekat ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...