Pos Malaysia Mengeluarkan Koleksi Setem Marvel Edisi Terhad

Trending

Pos Malaysia Mengeluarkan Koleksi Setem Marvel Edisi Terhad

Mengumpul setem pernah menjadi satu hobi yang sangat dekat dengan kita semua pada satu ketika dahulu. Tetapi kini ia semakin pudar terutamanya dalam kalangan anak muda masa kini.

Dengan semangat untuk menaikkan semula pengumpulan setem sebagai satu hobi, Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan satu koleksi setem edisi Marvel.

Advertisement

Bersempena dengan ulangtahun Marvel yang ke-80, Pos Malaysia telah berkerjasama dengan Walt Disney Southeast Asia dalam mengeluarkan koleksi setem ini. Koleksi ini dijangka akan mendapat sambutan hangat terutama dari peminat Marvel.

Koleksi edisi khas ini menampilkan adiwira terkenal Marvel seperti Iron Man, Captain America, Hulk, Spider-man, Doctor Strange, Black Panther dan Black Widow selain watak jahat Loki dan Thanos.

Oleh kerana ini merupakan edisi khas, setem ini hanya boleh dibeli dalam satu set folder lengkap dan tidak dijual secara berasingan.

Di dalam satu set folder terdapat dua keping setem bertebuk, satu setem tidak bertebuk, dua keping penutup cenderamata, dua keping kad pos dan satu folder.

Setem Marvel edisi terhadi ini akan mula dijual bermula 4 Julai 2019 dengan pra-pembelian di 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara atau secara atas talian di eziemall. Hanya ada 10,000 set sahaja yang akan dijual dengan harga RM120 satu set.

Jadi kepada peminat Marvel dan mereka yang berminat dengan pengumpulan setem, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Diharapkan usaha ini dapat menarik semula minat golongan muda dalam mengumpul setem.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...