Pos Malaysia Melancarkan Koleksi Setem Batman Edisi Terhad

Trending

Pos Malaysia Melancarkan Koleksi Setem Batman Edisi Terhad

Generasi muda zaman sekarang tidak lagi mempunyai minat untuk mengumpul setem. Ini kerana pada zaman serba moden, rata-rata dari kita menggunakan media sosial berbanding surat menyurat.

Oleh itu Pos Malaysia Berhad telah melancarkan siri setem edisi terhad bertemakan ‘Batman’ untuk menarik minat generasi muda menanam sikap mengumpul setem.

Advertisement

Koleksi setem edisi terhad ‘Batman’ ini bersempena ulang tahun Batman ke-80, dalam bentuk komik hingga ke layar perak.

Pengeluaran setem biasa, koleksi Setem Ku siri Batman hanya boleh didapati dengan pembelian dalam set folder lengkap dan tidak dijual secara berasingan.

Setiap set lengkap dijual pada harga RM120 dan boleh didapati di semua pejabat pos besar, pejabat pos terpilih di seluruh negara dan pembelian dalam talian di www.eziemall.com.

edisi lengkap

Siri setem edisi terhad ini dilengkapi dengan dua keping setem bertebuk, satu helaian setem holografik, dua keping penutup cenderamata, tiga poskad dan folder khas Batman.

Sebanyak 40,000 pek khas merangkumi tiga setem, poskad dan sampul khas Batman turut dijual pada harga RM10.

3 setem batman

Terdapat dua set yang dilancarkan, Special Pack hadir dengan 1x set setem tiga keping, 1x poskad dan 1x sampul edisi khas.
terhad

Kepada semua peminat-peminat Batman yang mengumpul barangan Batman, inilah masanya untuk anda menambah set setem ini sebagai barangan eksklusif anda.

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...