Generasi muda zaman sekarang tidak lagi mempunyai minat untuk mengumpul setem. Ini kerana pada zaman serba moden, rata-rata dari kita menggunakan media sosial berbanding surat menyurat.
Oleh itu Pos Malaysia Berhad telah melancarkan siri setem edisi terhad bertemakan ‘Batman’ untuk menarik minat generasi muda menanam sikap mengumpul setem.
Pengeluaran setem biasa, koleksi Setem Ku siri Batman hanya boleh didapati dengan pembelian dalam set folder lengkap dan tidak dijual secara berasingan.
Setiap set lengkap dijual pada harga RM120 dan boleh didapati di semua pejabat pos besar, pejabat pos terpilih di seluruh negara dan pembelian dalam talian di www.eziemall.com.
Siri setem edisi terhad ini dilengkapi dengan dua keping setem bertebuk, satu helaian setem holografik, dua keping penutup cenderamata, tiga poskad dan folder khas Batman.
Sebanyak 40,000 pek khas merangkumi tiga setem, poskad dan sampul khas Batman turut dijual pada harga RM10.
Terdapat dua set yang dilancarkan, Special Pack hadir dengan 1x set setem tiga keping, 1x poskad dan 1x sampul edisi khas.
Kepada semua peminat-peminat Batman yang mengumpul barangan Batman, inilah masanya untuk anda menambah set setem ini sebagai barangan eksklusif anda.