Portal Rasmi Halal Dedah Kedai Serbaneka Popular Ini Tidak Ada Sijil Halal?

Trending

Portal Rasmi Halal Dedah Kedai Serbaneka Popular Ini Tidak Ada Sijil Halal?

Sudah menjadi satu trend, bila ada kedai unik dengan makanan yang sedap, pasti ia akan viral dan dikunjungi ramai. Iyalah, mestilah kena ‘up to date’ dan rasa sendiri keenakan hidangan tersebut.

Advertisement

Antara kedai serbaneka paling mendapat sambutan di Malaysia ialah Family Mart. Sebut sahaja nama kedai ini, memang ia cukup terkenal dengan steamboat ala Jepun iaitu Oden dan juga aiskrim mereka yang lembut. Bukan itu sahaja, banyak juga menu lain daripada Jepun yang telah dibawa oleh Family Mart.

Namun, baru-baru ini status halal pada makanan yang dijual tiba-tiba menjadi persoalan ramai apatah lagi  setelah satu akaun Facebook mendedahkan kedai serbaneka ini bukan pemegang Sijil Halal.

Tapi sebelum itu, janganlah menunding salah kepada mana-mana pihak dan beranggapan tiada sijil halal maknanya semuanya haram untuk dimakan.

Menerusi majalah Remaja, Imam Muda Asyraf ada memberikan sedikit penjelasan dimana premis yang tidak ada sijil halal makanannya tidak semestinya haram.

Sebagai contoh kedai tomyam, warung nasi lemak dan lain-lain lagi. Ikutkan semua kedai-kedai kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Tapi kita biasanya yakin dan tak ragu-ragu pun nak makan kerana melihat kepada siapa pemilik dan tukang masaknya. Masa yang sama nak mohon sijil halal ini perlukan masa kerana bukan senang.

Ini sama jugalah dengan premis makanan mewah dan mahal. Tapi kebiasaannya kalau syarikat itu mampu membayar sewa bulanan yang mahal, maka dia juga berkemampuan memohon sijil halal yang biasanya mengambil masa yang lama. Permohonan sijil halal ini perlu bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis itu halal dan tidak bersifat syubahah.

Kalau dah makan sebab tak tahu, cukuplah meninggalkannya sama sekali, tidak mengulanginya lagi dan selalulah lidah beristigfar memohon keampunan dari Allah taala. Allah itu lebih maha mengetahuinya.

Respon Netizen



Penjelasan Family Mart, Dalam Proses Dapatkan Sijil Halal

Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera. Kalau ada rasa was-was, lebih baik jangan makan. Kalau mahu makan juga, pastikan anda periksa dahulu label bahan-bahan yang digunakan terlebih dahulu.

Sumber Berita : Twitter, Remaja & Sahabat Halal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...