Bila sebut makan, siapa berani yang menolak. Lebih-lebih lagi bila ada orang belanja. Tapi lagi best bila orang nak belanja tu bawak pergi makan di tempat makan yang ‘rare’ dan meleleh.
Kali ni kami nak kongsikan dengan anda ‘port’ makan terbaik di Kuala Terengganu yang anda wajib cuba sekiranya bertandang ke Terengganu.
Jom lihat ‘port makan’ terbaru yang anda WAJIB CUBA di Kuala Terengganu.
#1 Gerai Kuih Pok Him Sayang
Gerai Pok Him ni memang legend dan terkenal dengan aneka kuih-muih melayu tradisional Terengganu. Jadi bagi korang yang ‘kaki kuih’ acah-acah diet,wajib singgah ke gerai ni!
#2 Warong Kak Yah Koliba
Untuk makan tengahari,korang boleh singgah ke sini.
Berdekatan dengan masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai. Restoran ni memang menjadi tumpuan masyarakat di Terengganu pada ‘waktu puncak’. Nak datang sini kena keluar awal sikit.Kalau tak,beratur panjang la. Hehe.
#3 Port Makan Chill Dan Santai
Nak lepak-lepak sambil layan tengok orang lalu-lalang, korang boleh singgah di belakang KOKITAB Terengganu. Berdekatan dengan stadium bola kuala terengganu. Roti bakar telur goyang memang ‘rare’ kat sini.
#4 Mee Talam Pak Awi, Pulau Kambing
Jangan salah faham. Bukan kena naik bot untuk ke Pulau Kambing ni. Naik kereta je boleh sampai.
#5 Nasi Dagang Atas Tol
Kalau nak cari nasi dagang legend,boleh datang ke Nasi Dagang Atas Tol
Tapi bagi korang yang nak bawak ‘kroni’ datang gerai ni, pastikan korang datang sesudah subuh. Jangan sesudah syuruk! Kalau tak alamatnya, korang akan beratur sampai ke tengah jalan menunggu giliran. Tak percaya cubalah!
#6 Nasi Lemok Anok Beranok
#7 Restoran Sup Rasa Sayang
#8 Gerai Kuih Muih Gong Kapas

Credit: www.wetot.la
Gerai kuih ini beroperasi seawal jam 12 tengahari. Gerai ni sangat legend merupakan warisan turun-temurun. Hampir 200 jenis kuih muih boleh diperolehi di gerai ini. Tinggal sediakan duit sahaja. Jangan rambang mata ye!
Bagi anda yang berkesempatan ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke lokasi yang kami kongsikan di atas ye. Semua lokasi makan di atas berada di sekitar Kuala Terengganu sahaja.
Selamat mencuba !