Porsche Sedang Cipta Kapal Angkasa Filem Star Wars: The Rise of Skywalker

Automotif

Porsche Sedang Cipta Kapal Angkasa Filem Star Wars: The Rise of Skywalker

Buat semua peminat filem Star Wars, adakah anda sudah menyaksikan trailer terakhir filem Star Wars: The Rise of Skywalker? pasti anda dah tak sabar untuk melihat teknologi canggih yang dipaparkan dalam filem ini.

Baca ini:Tonton trailer terakhir Star Wars

Advertisement

Apa yang anda perlu tahu bahawa Porsche akan berkolaborasi dengan produksi film Lucasfilm bagi mempromosikan filem Star Wars:The Rise of Skywalker.

Menurut Naib Presiden Style, Porsche Michael Mauer berkata, untuk menghasilkan sebuah rekaan kapal angkasa lepas dengan elemen dan DNA rekaan Porsche adalah sangat menarik dan mencabar.

Porsche dalam Star Wars

Walaupun pada awalnya kedua-dua (filem Star Wars dan Porsche) tidak memiliki sebarang persamaan elemen, namun dari segi rekaan, ada persamaan falsafah yang tersendiri.

Porsche kini mempunyai tempoh masa dua bulan untuk merancang serta membangunkan replika kapal angkasa yang menjadi tarikan utama dalam filem Star Wars: Rise of Skywalker.

Masih lagi dalam fasa pembangunan, para pereka masih lagi belum menetapkan satu kata putus berkenaan rekaan kapal angkasa yang bakal di potretkan di dalam filem tersebut.
porche

Tayangan filem perdana Star Wars akan memperkenalkan produk kereta elektrik Porsche Taycan. Model kenderaan elektrik Porsche dengan pek bateri 90 kWh dengan jarak hingga 498 Km akan diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir tahun 2019.

Menurut gambar rasmi yang dibekalkan, rekaan kapal angkasa tersebut membawakan ciri rekaan asal Porsche seperti garis bumbung yang rendah dan bahagian belakang yang berbentuk.

Filem Star Wars: The Rise of Skywalker akan ditayangkan secara rasmi pada Disember 2019 ini.

 

Sumber: motor1.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...