Porsche Milik Seorang Selebriti Antara Ratusan Kereta Mewah Disita Dalam Op Luxury JPJ

Berita

Porsche Milik Seorang Selebriti Antara Ratusan Kereta Mewah Disita Dalam Op Luxury JPJ

Sebanyak 101 buah kenderaan mewah, termasuk sebuah Porsche milik seorang selebriti tempatan, telah disita dalam Op Luxury yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara bersepadu di seluruh negara sejak 1 Jun lalu, memetik Kosmo Online.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, antara kenderaan yang disita termasuk Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayenne, BMW 530E, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Vellfire dan Mercedes-Benz.

Advertisement
Op luxurySumber : Kosmo Online  

Menurutnya, kesemua kenderaan terlibat didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, antaranya lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada insurans sah, lesen memandu tamat tempoh atau tidak sah, nombor pendaftaran palsu atau dipamerkan secara salah, nombor casis tidak sepadan dan penggunaan plat dagangan (‘trade plate’) palsu

Semua kenderaan yang disita kini berada di depoh simpanan JPJ untuk siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan akan diambil mengikut undang-undang.

Beliau turut menegaskan, memiliki kenderaan mewah bukan lesen untuk melanggar undang-undang.

Undang-undang terpakai kepada semua tanpa mengira status.

Op Luxury akan diteruskan secara berkala bagi memastikan hanya kenderaan sah, selamat dan berdaftar berada di atas jalan raya demi keselamatan pengguna dan integriti sistem pengangkutan negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sindiket Vape K*kain Pertama Di Malaysia Tumpas, Nilai Rampasan Cecah RM7.2 Juta
9 hours ago

Sindiket Vape K*kain Pertama Di Malaysia Tumpas, Nilai Rampasan Cecah RM7.2 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...