Porsche Bakal Buka Kilang Pemasangan CKD Di Kedah

Automotif

Porsche Bakal Buka Kilang Pemasangan CKD Di Kedah

Nampaknya betullah kabar angin yang mengatakan syarikat kereta mewah dari Jerman bakal membuka kilang pemasangan di Kulim, Kedah. Kabar angin ini mula didengari pada Februari lalu dan pihak Porsche telah mengesahkan perkara itu.

3 years ago

Kenali 5 Kereta Malaysia Yang Kini ‘Rare’ Atas Jalan Raya

Advertisement

Pengumuman rasmi itu dikongsikan di laman web rasmi Porsche dan mereka memilih Malaysia sebagai pusat pemasangan Porsche CKD yang pertama di Asia. Kilang Porsche ini juga merupakan cawangan pertama mereka yang beroperasi luar dari Jerman.

pemasangan porsche

Kilang pemasangan CKD ini akan mula beroperasi tahun hadapan (2022) dan ini akan memperkuatkan lagi jenama itu di rantau Asia selepas sambutan yang amat menggalakkan.

Malaysia dipilih selepas melakukan kerjasama strategik bersama Sime Darby yang akan menjadi pengeluar rasmi bagi kenderaan ini. Sime Darby Auto Performance juga sebenarnya telah melakukan kerjasama bersama Porsche sejak 10 tahun yang lalu lagi.

porsche malaysia

“Malaysia dan seluruh ASEAN adalah wilayah yang berpotensi besar dan kami menantikan model pemasangan tempatan pertama yang menjangkau pelanggan Malaysia kami tahun hadapan.”

“Langkah sekarang adalah sebahagian dari inisiatif lama untuk mengikuti permintaan pelanggan dan pasaran yang sedang berkembang pesat.” – Kata Detlev von Platen Ahli Lembaga Eksekutif Penjualan dan Pemasaran Porsche.

Dengan pemasangan Porsche CKD ini, nampaknya makin ramailah rakyat Malaysia dilihat bawa Porsche Cayenne atas lebuhraya nanti.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...