February 16th, 2016

Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya semalam ada mempersoalkan tentang tanda Pork Free yang diletak oleh sesetengah restoran ataupun kedai makan yang tidak menghidangkan makanan Melayu.

Namun, pertanyaan beliau itu akhirnya menjadi bahan tawa orang ramai bahkan ada pihak juga yang mengkritik kekeliruan Zed Zaidi dimana kenyataan Pork Free itu sangat mudah untuk difahami.

Ada yang anggap percubaan Zed Zaidi untuk meyindir sesetengah pihak itu tidak menjadi.

Berikut antara respon pengguna di Twitter mengenai isu berkenaan :-

Pork Free selalunya orang sangka tiada daging babi sahaja tetapi mungkin minyak yang digunakan itu tidak halal dan sebagainya. Berhati-hati ketika memilih makanan yang akan masuk kedalam badan anda.


Comments are closed.

Loading...