Populasi Hidupan Bumi Mungkin Berakhir Pada 16 Mac 2880, Kata Saintis

Trending

Populasi Hidupan Bumi Mungkin Berakhir Pada 16 Mac 2880, Kata Saintis

Satu asteroid yang sedang terbang menuju bumi akan menyebabkan kemusnahan besar, menukar cuaca global dan memusnahkan populasi hidupan dan manusia, kata saintis – bagaimanapun tidak sehingga tahun 2880.

Asteroid DA 1950 dengan diameter 1 kilometer itu bergerak pada kelajuan 9 batu sesaat, hampir seperti kelajuan pergerakan bumi, yang bermakna ia akan menghentam planet ini dengan kelajuan 38,000 batu sejam.
1000x6105
Namun begitu, walaupun kebarangkalian untuk batu itu menghentam bumi adalah sangat tinggi (dalam istilah asteroid dengan kebarangkalian 300/1), para saintis berkeyakinan dalam jarak masa 35 generasi lagi sehingga ia tiba, kemusnahan akan dapat dielakkan.

Advertisement

Saintis juga memaklumkan minat orang ramai terhadap bidang astronomi semakin bertambah sejak satu meteor yang gagal dikesan telah jatuh dan mencederakan 1, 500 orang di sebuah bandar di Rusia tahun lepas.

Kata seorang saintis di Universiti Tenessee kepada The Independent:-

Setelah asteroid jatuh di Chelyabinsk, Rusia pada 2013, semakin ramai berminat untuk merungkai cara bagi menangani impak kejatuhan asteroid di bumi.

Perkara lain yang menarik minat tentang asteroid ini ialah putarannya pada kelajuan tinggi, sangat laju sehingga ‘melawan graviti’, jadi ia takkan pecah apabila menghentam bumi. Tambahnya:-

Memahami apa yang menghalang asteroid ini dari pecah saat hentaman akan memberi maklumat strategi untuk pertahanan impak asteroid di masa depan.

Laporan asal: News Australia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...