Populariti Yang Dikecapi Buat Saya Lupa Sembahyang & Zikir – Johan As’ari

Hiburan

Populariti Yang Dikecapi Buat Saya Lupa Sembahyang & Zikir – Johan As’ari

Ya dunia artis sememangnya penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Wang ringgit, wanita, kesibukan, glamour, populariti dan macam-macam lagi. Kalau tak kuat iman di dada, memang boleh hanyut dibuatnya. Agaknya itulah yang terjadi kepada Johan As’ari. Menerusi pengakuan yang dibuat olehnya, Johan memaklumkan yang dirinya sehingga terlupa untuk bersembahyang dan berzikir kerana leka dibuai dalam ke’glamer’an dunia artis.

johan as'ari

Advertisement

Semalam (Selasa), Johan As’ari nampakya telah sedar yang dirinya telah terpesong jauh daripada jalan yang lurus. Kini Johan sudah taubat. Menangisi dan menyesali perbuatan lampaunya. Kata Johan menerusi Mstar Online:-

Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.

Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya.

Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar.

johan as'ari
Kalau anda perasan, sejak dahulu lagi menerusi akaun sosialnya Johan As’ari sering berkongsi kata-kata hikmah, dakwah dan mengajak peminatnya melakukan ibadah. Ia adalah satu inisiatif yang sangat bagus pada pandangan Abang Nara. Apa pun, semoga ibadah yang kita semua lakukan dibuat dengan ikhlas dan bukannya mahu pujian daripada orang ramai. Amin!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...