Populariti Naik Selepas Berkahwin, Ria Ricis Raih ‘Subscriber’ YouTube Teramai Kalahkan Atta Halilintar

Hiburan

Populariti Naik Selepas Berkahwin, Ria Ricis Raih ‘Subscriber’ YouTube Teramai Kalahkan Atta Halilintar

Pelakon dan YouTuber terkenal, Ria Ricis memegang gelaran YouTuber paling ramai pengikut atau subscriber di Indonesia.

Menurut laporan Tabloid, Ria atau nama sebenar Ria Yunita kini memiliki 28.4 juta pengikut meninggalkan Atta Halilintar yang hanya mempunyai 28.1 juta subscriber.

Advertisement

Ini menjadikan Ria sebagai YouTuber paling ramai pengikut di laman berkenaan.

Populariti Ria Ricis naik mendadak selepas dia mengahwini pelakon kacak, Teuku Ryan pada 12 November lalu.

Jumlah subscriber saluran YouTube Ricis Official bertambah 100,000 sehari. Rata-rata peminat mengikuti saluran YouTube ini kerana menyukai paparan sebenar kehidupan pasangan selebriti yang sama cantik sama padan ini.

Terdahulu, Atta pernah memberitahu jumlah pengikut di laman YouTube bukanlah keutamaan baginya.

Advertisement

Malah, dia mengakui senang jika ada YouTuber lain berjaya memiliki jumlah subscriber lebih tinggi dan ramai.

Rumah agam AHHA
2 bulan lalu

Atta Halilintar Sudah Siap Sambut Bayi Sulung, Bina Rumah Agam Bak Istana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...