Kata orang tua-tua, kalau dah berkahwin rezeki lebih banyak masuk mencurah-mencurah. Tapi lain pulak ceritanya dengan Mawi. Kebelakangan ini nampak popularitinya semakin merudum. Jatuh mencanak-canak sejak berkahwin.
Pertamanya dah tak menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Lepas tue hari ini dalam BiBop Mawi kata jualan albumnya dah tak laku seperti dulu. Show pun dah tak dapat 2 3 show sehari.
Mungkinkah aura Mawi dah makin kurang sekarang? Mungkin jugak ramai yang bengang sebab dia kawin dengan Ekin. Almaklumlah, dari khabar-khabar anginnya si Ekin ini banyak kisah silamnya.
Tapi yang penting, Mawi dah pun mengaut berjuta-juta ringgit masa tengah femes dulu. At least dia dah ada simpanan untuk masa tua dia nanti.
Apa pendapat anda tentang populariti Mawi? Kalau ada teori menarik, bolehlah share dengan kami. Mana tau idea anda boleh diterima pakai oleh pembaca-baca blog ini.