“Populariti Bukan Pengukur Intelek..” – Ahmad Idham Nasihat Para Artis Jangan Guna Media Sosial Tempat Bertekak

Hiburan

“Populariti Bukan Pengukur Intelek..” – Ahmad Idham Nasihat Para Artis Jangan Guna Media Sosial Tempat Bertekak

Baru-baru ini pengarah terkemuka Dr Ahmad Idham telah tampil memberi nasihat kepada artis-artis Malaysia untuk tidak menggunakan media sosial sebagai landasan untuk berkelahi sesama sendiri.

Jadi bahan ketawa

Kata Idham, sesama artis ini tidak sepatutnya melampiaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati secara terbuka di media sosial. Menurutnya, hal tersebut akan hanya menjadi bahan jenaka kepada netizen dan tidak akan diambil serious.

Advertisement

Industeri seni ni bukan besar mana pun. Kalau tak puas hati dengan rakan sesama artis tak perlulah lepaskan di media sosial.

 

Ingat orang luar akan sokong ke? Mereka akan ketawakan saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

Populariti bukan pengukur intelek

Bukan itu sahaja, pengarah kepada filem baru Perjanjian Anak Syitan 2 ini turut berpendapat bahawa populariti dan kejayaan seorang selebriti itu bukan pengukur kepandaian mereka.

Sedarlah wahai rakan selebriti. Populariti bukan pengukur tahap intelek kita. Renung-renungkanlah.

Kenyataan dari Idham ini dipercayai berkaitan dengan tularnya kontroversi Fatia Latiff yang sedang viral kerana ‘menyerang’ pelakon Zahirah Macwilson, mengatakan dirinya lebih cantik dan popular berbanding aktres tersebut.

11 months ago

"Yang Kau Kena 'Gembeng' Dengan Dua Beradik Dekat Parti Tu Apa?" - Anju Dedah Fathia Latiff 2x5 'Tarik Dadah'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...