Sebut sahaja nama Caliph Buskers pasti ramai yang mengenali pemuzik jalanan terdiri daripada golongan OKU yang memukau penonton di Anugerah Juara Lagu Ke 29 kerana persembahan yang penuh dengan jiwa dipentas tersebut.
Apabila nama mereka semakin popular, terdapat beberapa pihak mengatakan mereka mula bersikap sombong dalam memilih sesuatu tawaran. Apakah ia benar?
Menjawab gosip tersebut, vokalis kumpulan Caliph Buskers saudara Azmi menjelaskan tiada apa yang berubah dan mereka masih bergelar pemuzik jalanan serta menerima apa sahaja jenis undangan nyanyian termasuk di majlis perkahwinan.
Kami masih seperti dahulu. Tiada apa yang berubah apatah lagi untuk bersikap memilih terhadap jemputan yang dibuat kepada kami.
Selain persembahan jalanan dan jemputan beberapa acara hiburan kami masih menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan dan tiada sebab mengapa kami perlu menolak.
Buat Caliph Buskers mereka tidak mementingkan kekayaan dan hanya ingin menghiburkan masyarakat  juga memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka. Harapan Azmi selepas ini agar tiada pihak yang merasa takut mendengar gosip tersebut dan berfikir dua kali untuk mengundang mereka dalam sesebuah projek.
Apa yang penting kami dapat menghiburkan masyarakat dengan muzik dan akan memberikan yang terbaik
Bakat yang ada pada kumpulan Caliph Buskers adalah sesuatu yang jarang kita temui. Mereka betul-betul menghargai sesebuah lagu dan muzik itu sendiri. Sudah menjadi lumrah apabila popular pasti sahaja ada gosip bukan? Jika niat itu telus pasti kejayaan menunggu.