Melalui laporan mStar, penyanyi, Siti Saerah memberi penjelasan atas dakwaan yang mengatakan anaknya, Ahmad Dayyan bersikap kurang sopan sewaktu menjawab pertanyaan wartawan dalam satu temu bual, baru-baru ini.
Menurut Saerah atau nama sebenar, Siti Saerah Tarudin situasi yang berlaku sememangnya di luar jangkaan kerana anaknya kini dalam proses menyesuaikan diri dengan populariti yang datang secara tiba-tiba.
Di usia yang masih mentah dan mengecapi populariti membuatkan dia agak terkejut. Saya dah pesan supaya dia tak baca komen-komen netizen. Saya hanya menegur untuk dia belajar daripada kesilapan.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Saerah juga meluahkan rasa terkilan kerana sesi temubual tersebut telah disalah tafsir selepas dikongsikan semula di platform media sosial hingga menimbulkan salah faham dikalangan warganet.
Mungkin sedikit demi sedikit dia (Amad) akan belajar sebab Amad masih baru lagi. Hanya saya saja yang tahu macam mana karakter Amad.
Terdahulu, timbul dakwaan mengenai sifat Amad yang dikatakan kurang sopan apabila menjawab pertanyaan pengamal media, malah ramai membandingkan cara percakapan Amad dengan kakaknya iaitu penyanyi, Umairah.