April 13th, 2020

Hampir setahun kisah rumah tangganya menjadi perhatian ramai, Pencetus Ummah Abu Sufyan ( PU Abu) mengakui dia sudah penat menghadapi kontroversi berkaitan dirinya dan menerima kritikan bertubi-tubi dari netizen. Apa yang berlaku, turut mencalarkan maruah keluarganya.

pu abu malu dengan diri sendiri

PU Abu akui, setiap kontroversi meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya apatah lagi persepsi masyarakat merasakan seorang ‘ustaz’ haruslah menunjukkan contoh yang baik dan tidak berkelakuan sedemikian.

Namun, dia menegaskan dirinya bukanlah seorang ustaz dan tidak layak dianggap sebagai ‘role model’. Betapa dia malu membawa gelaran PU kerana kontroversi  sebelum ini dan sekaligus memberi imej buruk pada rakan-rakannya yang lain.

pu abu malu dengan diri sendiri

rumah tangga pu abu

PU Abu berharap selepas ini orang ramai tidak lagi memanggilnya dengan panggilan ‘ustaz’.  Dalam pada itu, dia juga turut memohon orang ramai untuk memberikannya ruang untuk untuk memperbetulkan keadaan, memperbaiki diri menjadi seorang insan yang lebih baik.

Terdahulu, tindakan PU Abu memuat naik video TikTok dikecam teruk netizen hingga ada yang meminta agar dia menggugurkan gelaran ‘Pencetus Ummah’ yang diterimanya sebelum ini.


4 responses to “Popular Kerana Kontroversi, PU Abu Akui Malu Dengan Diri Sendiri”

  1. bard mumfather says:

    Dah tahu tak layak. Kenapa pergi masuk program tu??? Ada akai kah?

  2. nana says:

    sebabkan abu ttp komen so kt sini je la boleh komen. ABU KUAT PLAYVICTIM!!!! dalam kata mudah pandai acah2 kena aniaya. lgpun org tegur pasal main tiktok, kalau tiktok benda yg mengajak kebaikkan org takkan marah. kalau bergelek, joget siap jelir2 lidah…tak ada beza dia dgn tiktoker yg tak ada ilmu agama. pasal hal curang tu pun satu. aku percaya isteri2 abu dh usaha jaga aib dia tp tgk dr confession isteri lama abu ni mmg jenis selesa, lg lembik bini dia lg dia tak rasa berdosa. ABU KAU TU AYAH DH ADA DUA ANAK, TAUBAT ABU, KERJA CARI DUIT ABU…LELAKI YG BAIK TAK MAKAN DUIT PEREMPUAN. TAKKAN NK AJAR KAU DH TUA, BINI DUA, ANAK PUN DUA. dh mcm penagih dadah kau punya ayat, janji nk berenti ambil brg sebab kau akui benda tu jahanamkan hidup kau. tp bila ada peluang kau buat gk. BERUBAH LA ABU.

  3. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    ape yg nak di malukan pada benda yg dh terjadi ..happy2 aje suda asalkn tak susahkn orang..

  4. Anonymous says:

    Fahamkan maksud PU tu apa dulu. Pemimpin ummah kan? Leader? So?

Loading...