Popular Dengan Video Parodi, Chazynash Nak Cuba Nasib Jadi Penyanyi Pula

Hiburan

Popular Dengan Video Parodi, Chazynash Nak Cuba Nasib Jadi Penyanyi Pula

Personaliti media sosial, Chazynash sememangnya terkenal dengan video-video parodi yang dimuat naik di akaun media sosial Instagramnya.

Terbaru, Chazynash dikhabarkan telah berkolaborasi dengan penyanyi dan juga penulis lagi, Dani Kurama untuk menghasilkan sebuah single baharu bergenre balada pop.

Advertisement

Menurut Chazy atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah,32, dia sudah lama berminat dengan dunia nyanyian dan merasakan waktu sekarang adalah masa yang tepat untuk dia berkarya dengan lebih serius.

Maka dengan itu, Chazy muncul dengan lagu Jika Aku Pergi yang diterbitkan bahawa syarikat penerbitan Rocketfuel Indie Space Station.

Sebelum ini saya ada menghasilkan beberapa buah lagu namun kebanyakannya berbentuk parodi. Sehinggalah saya bertemu Dani Kurama.

Kini saya yakin masanya sesuai untuk muncul dengan sesuatu yang lebih serius (menerbitkan lagu).

Manakala bagi Dani Kurama, single Jika Aku Pergi mengisahkan mengenai sepasang kekasih yang bercinta namun kecundang di tengah jalan kerana si gadis tiba-tiba berubah hati dan beralih kepada lelaki yang jauh lebih kaya dan berjaya.

Difahamkan Chazy turut menyumbangkan idea kreatif dalam penghasilan muzik video rasmi lagu tersebut.

Mira Filzah
2 years ago

Tak Sempat Berbulan Madu Semenjak Kahwin, Mira Filzah Bercuti Sebulan Ke Eropah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...