Popular Dengan Lagu Kerohanian, Nissa Sabyan Dituduh Rampas Suami Orang?

Hiburan

Popular Dengan Lagu Kerohanian, Nissa Sabyan Dituduh Rampas Suami Orang?

Memperjuangkan lagu berunsur kerohanian, kumpulan Sabyan Gambus dari Indonesia mula dikenali di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Populariti yang diraih penyanyi utama, Nissa turut memberi kesan positif kepada kumpulannya walaupun baru ditubuhkan.

Namun, lain pula jadinya apabila Nissa dikatakan telah menjadi punca keretakan rumah tangga orang. Portal di negara seberang melaporkan, Nissa sudah bertahun menjalin hubungan cinta dengan pemain keyboard kumpulan itu bernama Ayus.

Advertisement

Di Instagram, pemilik akaun @mak_nyinyir mendedahkan mesej dihantar seorang individu yang mengaku sepupu kepada isteri Ayus.

Dakwanya lagi, sudah bertahun-tahun si isteri menutup aib tetapi suami dan Nissa tetap enggan berpisah. Isteri akhirnya membuat keputusan untuk bercerai sejak tiga minggu lalu. Walau bagaimanapun, suami dipercayai tidak hadir ketika sidang berlangsung.

Pendedahan ini mendapat perhatian ramai sehingga menjadi viral di Tiktok. Ramai yang bersimpati dengan nasib si isteri memandangkan mereka sudah mempunyai dua anak bersama. Malah, ramai yang tidak menyangka dalam kelembutan Nissa, orangnya seperti itu.

Foto: Instagram Nissa Sabyan

Ruangan komen di Instagram penyanyi ini juga telah diserang warga net yang mahukan penjelasan darinya. Namun sehingga kini dia masih mengunci mulut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...