Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

POPPY Raya 2013 Collection Dari ThePopLook

Sekarang ini semacam dah menjadi trend pembelian secara online kan. Ya lah, ramai wanita-wanita kini yang lebih selesa dan senang berbeli-belah secara online. Jimat masa dan tenaga, tunggu sahaja kat rumah, tahu-tahu barang pembelian dah sampai.  Salah satu laman kegemaran Mawar Putih ialah thepoplook.com.

Pada 20 Jun yang lalu, thepoplook.com telah pun melancarkan koleksi raya yang dikenali sebagai POPPY Raya 2013 Collection. Oh ya, jangan tidak tahu yang thepoplook.com ini merupakan  laman e-commerce yang menumpukan kepada penjualan pakaian wanita. Semuanya ada; tudung, baju, seluar dan macam-macam lagilah. Semua produk dari thepoplook.com ini dihasilkan secara  ‘in-house’ dengan mengambil kira aspirasi fesyen terkini semata-mata untuk memenuhi kehendak wanita Malaysia.

Advertisement

Artis-artis popular tanahair seperti Hanis Zalikha, Misha Omar, Daphne Iking, Aishah Sinclair, Nana Mahazan, Nur Fazura, Lisa Surihani dan Sazzy Falak juga turut gemar mengayakan fesyen-fesyen daripada thepoplook.com. Dan tidak ketinggalan juga blogger-blogger ternama seperti Red Mummy, Shea Rasol, Fatin Liyana dan Irene Nadia Marcello

POPPY Raya 2013 Collection daripada  thepoplook.com adalah bertemakan floral. Memang sesuai sangatlah untuk digayakan pada musim perayaan ini. Ada 22 koleksi kesemuanya dan buat masa ini 5 koleksi telah pun dilancarkan, ditawarkan dalam saiz S , M, L and XL. Harga-harganya pun sangat berpatutan, di antara RM86 – RM149.  Produk-produk yang dihasilkan oleh thepoplook.com semuanya bermutu tinggi. thepoplook.com benar-benar yakin dengan kualiti produk mereka sehinggakan pelanggan boleh memulangkan kembali barang pembelian dalam tempoh 7 hari tanpa sebarang persoalan. Hebatkan. Ini kerana thepoplook.com percaya pelanggan yang berpuas hati adalah jurucakap yang terbaik untuk produk mereka.

Memang menarikkan koleksi POPPY Raya 2013 Collection daripada thepoplook.com ini. Harga berpatutan, kualiti tinggi, design pun cantik-cantik. Jadi, tunggu apa lagi? Jom segera kita layari thepoplook.com atau LIKE Facebook thepoplook.com.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top